Friday, August 7, 2009

Masyarakat Pluralistik Alam Melayu Zaman pluraliti Penjajahan

 Perkembangan sejarah Malaysia memperlihatkan proses pembentukan masyarakat plural yang ada pada hari ini.
 Bercirikan pemaksaan dan perbezaan.
 Kuasa penjajah telah membawa masuk imigran yang hidup berdampingan tetapi berasingan.
 Kewujudan masalah polarisasi etnik dan kegagalan asimilasi disebabkan oleh politik kolonial Inggeris yang menjalankan dasar pecah dan perintah.
 Setiap etnik dilayan, dibayar dan diberi kemudahan berasingan dan berbeza.
 Berlaku segregasi
 Abad ke-19- unit politik Melayu ialah negeri dikuasai oleh seorang Sultan.
 Setiap negeri terdiri daripada beberapa buah kampung diketuai penghulu.
 Keseluruhan struktur sosial terbahagi kepada kelas pemerintah dan rakyat. Berdasarkan keturunan dan ditandai dengan adat resam dan kepercayaan.
 Setelah kedatangan Inggeris – dilantik seorang Residen di setiap negeri.Sultan tidak lagi mempunyai kuasa mutlak.
 Dua bentuk eksploitasi ekonomi utama yang dilakukan oleh penjajah ialah perlombongan dan perladangan getah.
 Mewujudkan pembahagian etnik berdasarkan pembahagian pekerjaan – Melayu dalam sektor kerajaan dan pertanian, Cina sebagai pelombong dan peniaga, orang India sebagai pekerja estet dan ladang.
 Portugis – 1511
 Belanda kurun ke-17, 1641.
 Persetiaan Belanda-Inggeris – 1824, Pulau Pinang, Melaka dan Singapura (Negeri-negeri Selat) milik Inggeris.
 Perjanjian Pangkor 1874 – campur tangan Inggeris di Negeri-negeri Melayu.
 Perang Perak 1875
 Perang Negri Sembilan 1875.
 Pemberontakan Pahang 1891.
KESAN: Inggeris membawa masuk tentera dari India dan Hong Kong.
 Bermula dengan suku-suku Melayu, Cina dan India.
 Proses penghijrahan disebabkan oleh faktor ekonomi, politik, sosial dan fizikal, kedekatan lokasi, kemiskinan, pengangguran, peluang perdagangan, penindasan, perbalahan, perselisihan, perkhidmatan, rekreasi dan migrasi.
 Tertumpu di lombong bijih timah di Perak, Negeri Sembilan dan Selangor.
 Penghijrahan pesat pada 1880-1914, lombong-lombong milik pengusaha Eropah atau Cina.
 Faktor-faktor penarik : pembukaan ladang dan lombong.
 Faktor-faktor penolak : penderitaan atau kemiskinan, kekacauan (pemberontakan), bencana alam, kegiatan jenayah.
 Selain daripada sebagai pelombong dan petani, penghijrahan orang Cina telah menukar corak pekerjaan asal mereka dengan menjadi pedagang dan peniaga – kawasan bandar.
 Para penghijrah baru dinamakan singkeh (selepas bebas dinamakan laukeh).
 Orang Cina ditadbir oleh Kapitan Cina mentadbir hal ehwal ekonomi dan undang-undang di kawasan lombong-lombong di Kuala Lumpur. Mereka juga menjadi pelindung dan penjamin keselamatan ahli-ahlinya.
 1877- British menubuhkan Jabatan Perlindungan Cina di Singapura bagi mengawal kegiatan orang Cina secara langsung.
 Pada zaman penjajahan kedatangan orang India telah berlaku secara perlahan dan sistematik.
 Daripada Madras, Utara dan Selatan Arcot, Salem, Coimbatore, Trichinopoly, Madura, Ramnadpuram, Chinglepet, Tanjore dan Tinnevelly.
 Bekerja di ladang-ladang getah, kopi dan tebu
 Berhijrah melalui buruh kontrak, sistem Kangani 1907, buruh bebas.
 Tenaga kerja dari India generasi kedua lebih banyak sebagai kerani, pengetua sekolah dan pentadbiran.
 Faktor-faktor kedatangan: adat resam dan kasta, lebihan penduduk, pengangguran dan kemiskinan, cukai tanah tinggi, kebuluran.
 Faktor-faktor penarik : perkembangan perusahaan getah, pembinaan jalan raya dan landasan kereta api.
 Jepun memberi layanan yang baik pada orang India kerana perlukan kerjasama mereka untuk melaksanakan dasarnya memerangi Inggeris di India.
 Pada awalnya, Jepun mengambil sikap yang keras terhadap orang Cina sejak Perang Jepun-China 1937. Kemudian menukar sikap kerana perlukan sokongan ekonomi.
 Pada tahun 1955, pilihan raya umum pertama diadakan.
 Tiga buah parti politik mewakili bangsa Melayu, Cina dan India bersetuju menubuhkan satu perikatan dan menghadapi pilihan raya .
 Kemerdekaan diperolehi pada 1957 dengan mengkaji beberapa perkara seperti isu status, bahasa, agama dan keistimewaan orang Melayu
 kedatangan orang Cina ke Sabah didorong oleh galakan yang diberikan oleh syarikat-syarikat tembakau dan Kompeni Berpiagam Borneo Utara British.
 Pada tahun 1880an, ladang tembakau mula dibuka di Sabah dan hampir kesemua tenaga buruh yang digunakan dibawa masuk dari negara China.
 Penglibatan orang India dalam aktiviti ekonomi di Sabah lebih tertumpu pada beberapa sektor tertentu seperti pentadbiran, sokongan dan teknikal.
 Mereka terdiri daripada orang Sikh, Pathan, Telegu dan Tamil yang ditempatkan di beberapa buah jabatan seperti Jabatan Audit, Jabatan Pelabuhan, Jabatan Pos dan Telegrafi, Jabatan Keselamatan dan Jabatan Polis dan Penjara.
 Penghijrahan orang Cina ke Sarawak semakin meningkat pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, terutama semasa pemerintahan Charles Anthony Brooke.
 Kumpulan pendatang ini berhijrah ke Sarawak melalui kawasan Sambas-Pontianak di Kalimantan.
 Kongsi Cina daripada suku kaum Hakka telah melombong emas di kawasan tersebut sejak tahun 1760-an.
 Orang India merupakan kelompok kecil dalam kalangan masyarakat bukan bumiputera di Sarawak. Mereka terdiri daripada orang Sikh dan Punjab yang dibawa masuk oleh James Brooke untuk bekerja sebagai anggota polis.
 Di samping orang Sikh dan Punjab terdapat sebilangan kecil orang India berketurunan India-Muslim yang bekerja sebagai peniaga kain dan pedagang.
 Pluraliti bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat Malaysia namun ianya juga bukanlah merupakan sesuatu yang mudah untuk diakhiri terutama sekali dalam masyarakat pelbagai etnik di Malaysia yang masih kaya dengan adat budaya kaum masing-masing.



No comments:

Post a Comment

Post a Comment