Wednesday, January 28, 2009

TUTORIAL WAJ3106

PISMP – IPGM, KAMPUS KENT
Semester 3, 2009

Kursus Wajib: WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK



Minggu

Tajuk Pembentangan
Pembentang




3
Galurkan proses pembentukan masyarakat pluralistik di alam Melayu.
Lee Jia Yee
Nadia Zuleikha bt Johari


4
Analisiskan faktor-faktor sejarah yang telah menyulitkan proses pencapaian perpaduan di Malaysia sebelum 1970.
Adzmie Esnani
Nur Asanah Bt Abu Amin


5
Analisiskan perkembangan modenisasi di Malaysia dan luar negara.
Donna M. Benedick
Rokiah Kadir


6
Sintesiskan proses pembentukan pembangunan ekonomi mengikut acuan Malaysia. Ivana Asvian Wasit
Nessy Jalong


7
Analisiskan pembangunan lima tahun di Malaysia selepas 1970.
Hasri Jusaan
Umul Khairunnisa Satung


8
Nilaikan kepentingan Rancangan Lima Tahun terhadap perkembangan sosio-ekonomi masyarakat majmuk di Malaysia.
Janet Jouti
Adrian Silus



9
Huraikan bagaimana proses dan tindakan politik boleh memupuk hubungan etnik yang harmonis di Malaysia.
Raynold Julit
Norhayati Hassan


10
Galurkan proses pembentukan perlembagaan di negara ini.
Razwan Garidi
Kharliz Wa’afini Bt Liam



11
Analisiskan unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan sebagai instrumen perpaduan.
Nur Azlinda Azni Susilo
Hardi Juman



12
Sintesiskan bagaimana prinsip-prinsip Islam hadhari dapat memupuk pembentukan masyarakat pelbagai kaum yang harmoni.
Mohd Rahmat Dini
Marcella Jelong


Baca selanjutnya......

Tuesday, January 27, 2009

BAB 3: PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA

Kuliah 3 Masyarakat Pluralistik
Copy dan baca nota kuliah ni yea...mana tau keluar masa UAK.
Baca selanjutnya......

KEDATANGAN YAHUDI KE PALESTIN


Video klip ni adalah mengenai org yahudi yang dari serata eropah datang ke palestin semasa era penghapusan etnik oleh Nazi di bawah Hitler dahulu..
Baca selanjutnya......

WAJ3106 KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU

TUGASAN :

Secara individu;
Rujuk pada sumber-sumber untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan Sejarah etnik yang terdapat di Malaysia (tidak kurang daripada 3 sumber buku/jurnal dan 3 sumber rujukan internet).
Sediakan esei berkaitan salah satu daripada etnik-etnik yang terdapat di Malaysia dari aspek;
a. Sejarah asal usul
b. Budaya (Adat Resam, Sistem Sosial, Pendidikan dan sebagainya)
c. Kepercayaan dan agama
d. Keistimewaan etnik yang dikaji.
3. Laporan anda hendaklah TIDAK KURANG daripada 1500 patah perkataan.
4. Tugasan anda hendaklah dibuat dan dihantar dalam bentuk hard copy dan soft copy.

Tarikh mula: 2 Mac 2009 Tarikh hantar: 16 Mac 2009

..lambat hantar, markah pun siput juga la....

Baca selanjutnya......

BUKU PANDUAN PISMP IPGM

Buku Panduan Pismp Ipgm

Baca selanjutnya......

Saturday, January 24, 2009

HOW TO SPELL DINOSAUR





Baca selanjutnya......

KONSEP PERLEMBAGAAN

MAKNA DAN PERANAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting untuk melicinkan pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat.
Perlembagaan juga mengandungi prinsip yang membentuk institusi-institusi negara seperti eksekutif, perundangan dan kehakiman dengan menyatakan kuasa dan peranan setiap institusi tersebut dalam kerangka pemerintahan dan penradbiran sesebuah negara.Perlembagaan digubal untuk menjadi garis panduan tentang corak pemerintahan sistem politik dan pentadbiran sesebuah negara, di samping memberi jaminan perlindungan kepada rakyat. Perlembagaan juga menyatakan tanggungjawab dan kewajipan setiap warganegara terhadap pemerintah dan negara.

KONSEP KETINGGIAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang tertinggi di Malaysia dan menjadi tunggak semua undang-undang, sama ada yang sedia ada atau yang bakal digubal. Semua undang-undang yang digubal tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Jika wujud percanggahan, undang-undang berkenaan dianggap terbatal setakat bahagian yang bercanggah tersebut. Kedudukan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi amat penting bagi sesebuah negara yang mengamalkan Sistem Persekutuan seperti Malaysia. Ini memudahkan Kerajaan Persekutuan menjalankan kuasa pemerintahan dan pentadbiran dengan licin, tanpa terpaksa bersaing dengan pihak-pihak lain terutama kerajaan negeri.Seiring dengan kedudukan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara, parlimen memperolehi kuasanya daripada perlembagaan. Parlimen mempunyai kuasa yang terhad dan tidak boleh membuat undang-undang untuk perkara-perkara yang terletak di luar bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya. Makhamah mempunyai kuasa untuk membatalkan sesuatu undang-undang yang diluluskan oleh parlimen jika undang-undang tersebut berada di luar bidang kuasanya dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna makhamah juga tertakluk kepada kehendak Perlembagaan Persekutuan. Walaupun yang Dipertuan Agong menjadi Ketua Negara, baginda juga tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan. Baginda tidak boleh bertindak sesuka hati tetapi perlu menjalankan tugas mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya dalam Perlembagaan.
Oleh itu, tidak ada institusi di Malaysia yang boleh mengatasi kuasa dan kedudukan Perlembagaan Persekutuan. Kuasa tertinggi Perlembagaan ini dikenali sebagai ketinggian perlembagaan.

Baca selanjutnya......

Friday, January 23, 2009

SIAPA YAHUDI


SEJAK beberapa hari seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Siapa sebenarnya ISRAEL?
Siapa Yahudi? Dr Farrukh Saleem Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan Pakistan(CRSS)
Siapa mereka ini? Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman. Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian. Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular. Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia). Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang. Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam. Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel ); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman). Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts). Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS). Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer ( CNN ); Barbara Walters ( ABC News ); Eugene Meyer ( Washington Post ); Henry Grunwald (Ketua Editor Time ); Katherine Graham (penerbit The Washington Post ); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times ) dan Max Frankel ( The New York Times ). Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia. Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion. Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi. Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi? Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling ( Beverly Hills 90210 ), Neil Simon ( The Odd Couple ), Andrew Vaina ( Rambo 1- 2-3 ), Michael Man ( Starsky and Hutch ), Milos Forman ( One Flew Over The Cuckoo's Nest ), Douglas Fairbanks ( The Thief Of Baghdad ) and Ivan Reitman ( Ghostbusters ) - semuanya adalah Yahudi. Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel. Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi. Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa? Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.



Baca selanjutnya......

WAJ3106 HUBUNGAN ETNIK

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini memfokuskan perbincangan tentang konsep-konsep asas budaya dan hubungan etnik serta meneliti perkembangan hubungan etnik di Malaysia. Hasratnya adalah mewujudkan masyarakat Malaysia menurut acuan Malaysia. Adalah diharapkan pelajar dapat memahami dan menangani cabaran global dalam hubungan budaya dan etnik di peringkat Malaysia dan Asia. Kursus ini juga memperkenalkan para pelajar terhadap hubungan etnik menurut perspektif Islam.

(This course focuses on basic concepts of culture and an ethnic relation with special attention to the latter’s development in Malaysia. Its main aim is to bring about a specially-moulded Malaysian society. It is hoped that students will have a good understanding of the concept and develop ideas to tackle global challenges in cultural and ethnic relationships at national and Asian levels. This course also introduces students about ethnic relations from Islamic perspective.)


TAJUK 2: KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

Memperkenalkan konsep-konsep hubungan etnik yang merangkumi konsep budaya, masyarakat dan Perpaduan & Integrasi.

TAJUK 3: PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU DALAM SEJARAH
Pluraliti masyarakat Alam Melayu Dalam Sejarah, bentuk dan struktur masyarakat.
a. Kemunculan Melaka dan masyarakat pluralistik
b. Peranan Perlak, Pasai, Aceh, Johor, Riau, dll.(Perhubungan dagangan, perkahwinan, perkampungan)
c. Asimilasi golongan pendatang
d. Kuliah akan membincangkan beberapa konsep utama yang akan menjadi alat analisis terhadap realiti budaya dan hubungan etnik di Malaysia. Konsep utama adalah konsep sistem sosial, yang mengandungi tiga komponen utama iaitu, masyarakat, budaya dan individu
e. Sebelum bertapaknya penjajahan Eropah di rantau Nusantara, tidak wujud negara-bangsa seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, Filipina dan Thailand yang mempunyai sempadan geo-fizikal masing-masing. Ketika itu sistem sosial rantau Nusantara bercirikan unsur polity dan plurality . Kuliah ini membincangkan bentuk-bentuk masyarakat, budaya dan individu dalam konteks sistem sosial pra-penjajahan ini.
f. Kuliah ini membincangkan kepelbagaian bentuk masyarakat, budaya dan individu dalam konteks sistem sosial pasca-penjajahan ini.

TAJUK 4: PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
Perlembagaan Malaysia telah dianggap bukan sahaja sebagai institusi tunjang bahkan sebagai suatu ‘kontrak sosial’ yang menstrukturkan sistem sosial Malaysia. Proses penggubalan dan penerimaannya penuh dengan perundingan, perdebatan dan tolak-ansur antara kelompok etnik di Malaysia. Sebahagian daripada perlaksanaannya masih diperkatakan dari segi legitimasi politiknya. Kuliah ini membincangkan sejarah penggubalan, perundingan dan perlaksanaan Perlembagaan Malaysia serta beberapa masalah yang terkait dengan hubungan etnik dan penyelesaian yang dicapai.


TAJUK 5: PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
Modenisasi, umumnya mengandungi dua aspek utama iaitu pembangunan ekonomi dan pembinaan negara-bangsa. Sasaran pelaksanaan dan pencapaian dalam kedua aspek ini berbeza tetapi saling melengkapi kerana pembangunan ekonomi mengidamkan sebuah masyarakat industrial dan pembinaan negara-bangsa mengidamkan suatu bangsa yang bersatu padu. Kuliah ini membincangkan sejarah pembangunan ekonomi Malaysia daripada zaman penjajahan hingga sekarang, yang memperlihatkan bagaimana isu hubungan etnik tersulam dalam isu dan dasar pembangunan ekonomi seperti perlaksanaan dasar Ekonomi Baru.

TAJUK 6: CABARAN TERHADAP HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DAN GLOBAL
a. Acuan untuk membina rakyat Malaysia yang mempunyai towering personality(personaliti unggul); agama,bahasa, nilai murni.
b. Cabaran Inter-Intra Hubungan Etnik
c. Implikasi apabila hubungan etnik kurang sempurna,contoh :
- peristiwa 13 Mei 1969
- peristiwa kampung Medan
d. Kaedah penghayatan : Islam sebagai penyelesaian

TAJUK 7: PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
Modenisasi, umumnya mengandungi dua aspek utama iaitu pembangunan ekonomi dan pembinaan negara-bangsa. Sasaran perlaksanaan dan pencapaian dalam kedua-dua aspek ini berbeza tetapi saling melengkapi kerana pembangunan ekonomi mengidamkan sebuah masyarakat industrial dan pembinaan negara-bangsa mengidamkan suatu bangsa yang bersatu-padu. Kuliah ini membincangkan secara khusus proses pembinaan negari-negari di Malaysia yang beputik pada zaman penjajahan dan mekar hingga sekarang, yang memperlihatkan bagaimana isu hubungan etnik senantiasa menjadi topik perbincangan. Kuliah ini turut membincangkan beberapa usaha konkrit ke arah mencapai cita-cita perpaduan nasional seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, dan Wawasan 2020. Setiap dasar ini menghadapi beberapa cabaran dalam pelaksanaannya dan hal ini akan turut dikupas dalam kuliah.

TAJUK 8: ISLAM HADHARI DAN HUBUNGAN ETNIK
Islam yang bertapak sejak sekian lama di Alam Melayu telah menjadi sumber rujukan utama dalam aspek sosial, ekonomi, budaya dan politik. Hal tersebut terbukti dengan termaktubnya Islam sebagai agama rasmi dan sumber kepada perundangan, seperti tercatat dalam Hukum Kanun Melaka dan Hukum Kanun Pahang. Kini Islam mendapat tempat di dalam Perlembagaan Malaysia dan masih menjadi isu dalam konteks kehidupan sosial, budaya dan politik Malaysia. Kuliah ini akan membincangkan kedudukan Islam Hadhari dalam realiti budaya dan kehidupan etnik di Malaysia, dalam konteks rentas waktu yang berbeza, iaitu zaman pra-penjajahan, penjajahan, dan pasca-penjajahan.

TAJUK 9: HUBUNGAN ETNIK KE ARAH MASYARAKAT BERINTEGRASI

Pengalaman penjajahan telah memperkenalkan suatu bentuk ilmu, iaitu ‘ilmu kolonial’ yang telah mencipta himpunan maklumat dan analisis mengenai etnisiti, kelas dan wilayah di Malaysia untuk kegunaan pentadbiran berkesan pemerintahan British. Kategori seperti etnisiti, kelas dan wilayah telah dijadikan asas kepada pembentukan pelbagai dasar seperti dasar ekonomi, politik, dan pendidikan. Pelaksanaannya telah menimbulkan pelbagai masalah yang masih dirasakan kesannya hingga sekarang kerana sebahagian besarnya telah dimasukkan dalam Perlembagaan Malaysia. Kuliah ini membincangkan pembentukan kelompok etnik dan hubungan antara kelompok serta masalah yang timbul daripada interaksi antara etnik. Kuliah ini juga memperkatakan tentang pengaruh kelas sosial dalam dinamik sistem sosial di Malaysia, seperti pembentukan kelas menengah. Dari segi ruang fizikal, dengan wujudnya konsep seperti “Pantai
Timur” dan “Pantai Barat” atau “Malaysia Timur” dan “Malaysia Barat” telah mempengaruhi agihan ekonomi, proses politik dan hubungan antara kelompok etnik. Tema ini juga akan dibincangkan.

Baca selanjutnya......

ETNIK-ETNIK DI MALAYSIA

SEMENANJUNG (MELAYU)
MELAYU ANAK JATI
: penduduk pribumi Semenanjung Malaysia yang telah ditakrifkan sebagai orang Melayu.
o Suku Johor - orang Melayu Johor yang mendirikan kerajaan purba Kota Gelanggi.
o Suku Kedah - orang Melayu di negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis yang mendirikan kerajaan purba Kedah Tua.
o Suku Kelantan - orang Melayu Kelantan yang mendirikan kerajaan purba Langkasuka dan Pan Pan.
o Suku Orang Laut - penduduk pribumi Melaka dan Johor yang setia terhadap Kesultanan Melaka dan Kesultanan Johor-Riau.
o Suku Pahang - orang Melayu Pahang yang mendirikan kerajaan purba Kota Pahang (atau Kota Biram atau Muang Pahang).
o Suku Patani - orang Melayu Patani yang mendirikan kerajaan purba Langkasuka
o Suku Perak - orang Melayu Perak yang mendirikan kerajaan purba Gangga Negara.
o Suku Terengganu - orang Melayu Terengganu yang mendirikan kerajaan purba Tan-Tan.

MELAYU ANAK DAGANG: suku-suku Nusantara yang berasal dari Kepulauan Indonesia dan Indo-China tetapi telah ditakrifkan sebagai orang Melayu kerana bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan budaya Melayu dan berugama Islam.
o Suku Aceh
o Suku Banjar
o Suku Batak
o Suku Boyan (Bawean)
o Suku Bugis
o Suku Cham
o Suku Jambi (Melayu Jambi)
o Suku Jawa
o Suku Kampar (Melayu Kampar)
o Suku Kerinci
o Suku Mandailing
o Suku Minangkabau
o Suku Rawa
o Suku Riau (Melayu Riau)
o Suku Utsul (Cham Hainan)
MELAYU KACUKAN: wujud hasil dari perkahwinan campur di antara orang Melayu Malaysia dengan kaum lain.
o Melayu Arab
o Melayu Cina - tidak termasuk Cina-Muslim.
o Melayu India - tidak termasuk India-Muslim dan Mamak.
SEMENANJUNG(ORANG ASLI)
Semang(Negrito
o Kensiu
o Kintak
o Lanoh
o Jahai
o Mendriq
o Bateq
Senoi
o Temiar
o Semai
o Semoq Beri
o Jah Hut
o Mahmeri
o Che Wong
Melayu Proto (Melayu Asli)
o Orang Kuala
o Orang Kanaq
o Orang Seletar
o Jakun
o Semelai
o Temuan
SEMENANJUNG (lain-lain)
• Serani
• Siam Malaysia

SABAH
• KADAZANDUSUN

o Dusun
o Dusun Liwan
o Dusun Tindal
o Dusun Pahu
o Dusun Lotud
o Dusun Labuk
o Dusun Kimaragang
o Dusun Tobilung
o Dusun Segama / Subpan
o Dusun Tambanuo
o Dusun Tambunan
o Dusun Tatana
o Kadazan Papar
o Kadazan Penampang
o Tagahas
o Tangara
o Rungus
o Orang Sungai
o Kuijau
o Bagahak
• BAJAU
o Iranun
o Bajau
o Suluk
o Ubian
o Binadan
MURUT
• PAITAN
• BONGGI
• IDAHAN
• MELAYU BRUNEI
• LUNDAYEH (di Sabah)
• IBAN (di Sabah)
• KEDAYAN
• BISAYA
• KIMARANG
• RUMANAU
• MINOKOK
• TIDUNG
• BUNDU
• KIMENSI
• LOBOU
• ORANG ULU
• FILIPINO
• KOKOS
• BUGIS
• JAWA
• BANJAR

SARAWAK

IBAN
• MELAYU SARAWAK:-
o Suku Brunei (Melayu Brunei)
o Suku Dayak-Muslim
o Suku Melayu (Melayu Sumatera)
• MELANAU
• BIDAYUH

o Biatah - Padawan
o Bukar/Sadong - Serian
o Jagoi/Singai - Bau
o Selakau/Lara - Lundu
ORANG ULU:-
o Kayan
o Kenyah
o Kajang
o Kejaman
o Punan
o Ukit
o Penan
o Lun Bawang
o Lun Dayeh
o Murut
o Berawan
o Kelabit
BISAYA
• KEDAYAN

KAUM CINA DI MALAYSIA
Orang Cina Malaysia:
• Suku Hokkien
• Suku Hakka
• Suku Kantonis
• Suku Hainan
• Suku Hoklo
• Suku Hui
• Suku Henghua
• Suku Peranakan
• Suku Teochew
KAUM INDIA DI MALAYSIA
Orang India Malaysia:
• Suku Tamil
• Suku Bengali
• Suku Gujerati
• Suku Malayali
• Suku Sinhala
• Suku Telugu
• Suku Punjabi

KAUM PERANAKAN
• Baba dan Nyonya
• Chetty

KAUM-KAUM LAIN
• Yahudi Malaysia



Baca selanjutnya......

KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK


MASYARAKAT
Kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. Jaringan erat wujud dalam anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka.
ETNIK
Sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik mempunyai erti yang berkaitan rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi antara sesama manusia. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pakaian, pandangan kecantikan, kegiatan ekonomi, hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, Melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik.

ETNISITI DAN ETNOSENTRIK
Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Wujud satu kebudayaan atau sub budaya yang menyatukan anggotanya dengan satu tingkahlaku yang sama.

ETNOSENTRISME
Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya mereka adalah lebih baik daripada kelompok lain.

RAS
Ras dan etnik kerap kali dicampuradukkan sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama.
Ras boleh dikatakan sebagai kelompok social yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan cirri-ciri fizikal biologikalnya nyata seperti warna kulit, warna mata dan sebagainya.

RASISME
Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negative sesuatu kelompok social atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan ras semata-mata dan ini ditunjukkan secara terbuka melalui tindakan terbuka. Ia berkait rapat dengan konsep prejudis dan stereotaip, diskriminasi.

PREJUDIS, STEREOTAIP DAN DISKRIMINASI
Prejudis: Pandangan negative mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu; prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.

Stereotaip: Kenyataan umum yang negative terhadap sesuatu etnik.

Diskriminasi: Pandangan, pemikiran dan kepercayaan negative seseorang atau kelompok etnik terhadap anggota lain. Ia merupakan perbuatan membanding bezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan cirri-ciri etnik semata-mata.

BUDAYA
Cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu meliputi system social, politik, ekonomi, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.
Ciri budaya: dipelajari, dikongsi, bersifat sejagat, diwarisi, berubah-ubah, mempunyai unsur simbolik.

PERPADUAN DAN INTEGRASI
Perpaduan: Satu proses menyatupadukan seluruh masyarakat dan Negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu indentiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.

Integrasi: Satu proses bagi mewujudkan satu identity nasional dalam kalangan kumpulan terpisah dari segi kebudayaan, social dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Unsur integrasi terdiri daripada wilayah, ekonomi, kebudayaan, social, pendidikan dan politik.
Segregasi: Pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah Negara.

Akulturasi: Proses penyerapan unsur-unsur kebudayaan daripada suatu budaya kepada budaya lain.
Asimiliasi: Proses percantuman dan penyatuan antara golongan etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identity yang sama.

Akomodasi: Proses penyesuaian yang merangkumi pelbagai golongan etnik berlainan budaya yang hidup secara harmonis dan saling menghormati antara satu sama lain.

Amalgamasi: Proses yang terjadi apabila dua atau lebih budaya bercampur untuk membentuk satu jenis budaya baharu yang merangkumi elemen budaya-budaya lama yang bercantum serta elemen baharu.

Aparteid: Dasar segregasi kaum terhadap orang kulit hitam di Afrika Selatan.



Baca selanjutnya......

Thursday, January 22, 2009

Happy Chinese New Year

Baca selanjutnya......