Friday, January 23, 2009

KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK


MASYARAKAT
Kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. Jaringan erat wujud dalam anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka.
ETNIK
Sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik mempunyai erti yang berkaitan rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi antara sesama manusia. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pakaian, pandangan kecantikan, kegiatan ekonomi, hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, Melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik.

ETNISITI DAN ETNOSENTRIK
Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Wujud satu kebudayaan atau sub budaya yang menyatukan anggotanya dengan satu tingkahlaku yang sama.

ETNOSENTRISME
Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya mereka adalah lebih baik daripada kelompok lain.

RAS
Ras dan etnik kerap kali dicampuradukkan sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama.
Ras boleh dikatakan sebagai kelompok social yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan cirri-ciri fizikal biologikalnya nyata seperti warna kulit, warna mata dan sebagainya.

RASISME
Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negative sesuatu kelompok social atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan ras semata-mata dan ini ditunjukkan secara terbuka melalui tindakan terbuka. Ia berkait rapat dengan konsep prejudis dan stereotaip, diskriminasi.

PREJUDIS, STEREOTAIP DAN DISKRIMINASI
Prejudis: Pandangan negative mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu; prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.

Stereotaip: Kenyataan umum yang negative terhadap sesuatu etnik.

Diskriminasi: Pandangan, pemikiran dan kepercayaan negative seseorang atau kelompok etnik terhadap anggota lain. Ia merupakan perbuatan membanding bezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan cirri-ciri etnik semata-mata.

BUDAYA
Cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu meliputi system social, politik, ekonomi, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.
Ciri budaya: dipelajari, dikongsi, bersifat sejagat, diwarisi, berubah-ubah, mempunyai unsur simbolik.

PERPADUAN DAN INTEGRASI
Perpaduan: Satu proses menyatupadukan seluruh masyarakat dan Negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu indentiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.

Integrasi: Satu proses bagi mewujudkan satu identity nasional dalam kalangan kumpulan terpisah dari segi kebudayaan, social dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Unsur integrasi terdiri daripada wilayah, ekonomi, kebudayaan, social, pendidikan dan politik.
Segregasi: Pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah Negara.

Akulturasi: Proses penyerapan unsur-unsur kebudayaan daripada suatu budaya kepada budaya lain.
Asimiliasi: Proses percantuman dan penyatuan antara golongan etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identity yang sama.

Akomodasi: Proses penyesuaian yang merangkumi pelbagai golongan etnik berlainan budaya yang hidup secara harmonis dan saling menghormati antara satu sama lain.

Amalgamasi: Proses yang terjadi apabila dua atau lebih budaya bercampur untuk membentuk satu jenis budaya baharu yang merangkumi elemen budaya-budaya lama yang bercantum serta elemen baharu.

Aparteid: Dasar segregasi kaum terhadap orang kulit hitam di Afrika Selatan.



2 comments:

  1. mengikut panduan islam macam mana pulak...

    ReplyDelete
  2. saya mintak maklumat ni untuk assgmnt ea...time kasih

    ReplyDelete