Wednesday, February 18, 2009

PEMBANGUNAN EKONOMI DAN HUBUNGAN ETNIK DALAM KONTEKS NEGARA MALAYSIA

 Selepas Tragedi 13 Mei 1969, Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan dan ia menunjangi pembangunan ekonomi Malaysia dan hubungan kaum sehingga 1990.
 Selepasnya kerajaan memperkenalkan Rancangan Wawasan.

Perkembangan Ekonomi Malaysia dalam Kerangka Kehadiran Masyarakat Pelbagai Kaum Sejak Abad Ke-15 Sehingga Merdeka
 Pada abad ke-15 dengan kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan bebas, bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca dan pedagang-pedagang asing menerima hegemoni perdagangan Melayu.
 Sifat berkongsi kekayaan ekonomi Melaka di kalangan semua pedagang yang mengunjungi Melaka dapat diperhatikan dari sikap Sultan dan pembesar Melayu.
 Mereka mengguna dan menggalakkan penyertaan pedagang asing seperti Gujarati, Chulia dan peminjam wang India (Chettiars).Dasar ini juga mengelakkan kelahiran Melayu kaya yang bakal menggugat kestabilan pemerintah.
 Hubungan ekonomi di Melaka mengikut peraturan ekonomi yang ditetapkan oleh raja-raja Melayu mengikut Hukum Kanun Melaka.
 Pedagang asing terpaksa menerima syarat-syarat dalam hukum ini bila menjalankan perdagangan di Melaka.
 Portugis yang menguasai Melaka pada abad ke-16 telah melenyapkan budaya perdagangan bebas untuk seketika.
 dasar monopoli dan pelbagai sekatan perdagangan dikenakan.
 Memaksa kapal-kapal singgah di Melaka untuk membayar cukai; 10% dikenakan untuk barangan dari negara China dan 8% untuk barangan dari Teluk Benggal.
 Pedagang juga dimestikan mendapatkan surat izin untuk berdagang di Melaka.
 Pedagang tidak puas hati dan ramai yang berpindah ke Aceh dan Pedir.
 Keadaan bertambah buruk apabila Belanda menguasai Melaka pada 1641. Pelbagai dasar monopoli diperkenalkan
 Belanda mengawal barangan utama yang diimport dan dieksport dari Melaka dengan tujuan untuk menetapkan harga jualan barangan berkenaan.
 Belanda menguasai monopoli ke atas barangan seperti lada hitam, rempah-ratus, kayu cendana, timah dan pelbagai jenis kain.
 Duti sebanyak 10% dikenakan ke atas barangan yang diimport dan 5% ke atas barangan eksport.
 Semua pedagang dipaksa singgah di Melaka untuk menjalankan urusniaga mereka;
 mengikat perjanjian ekslusif dengan pemerintah-pemerintah Melayu di Negeri-negeri Melayu untuk menjual hasil negeri mereka,
 khususnya bijih timah kepada Belanda pada harga yang ditetapkan dan menghadkan urusan perdagangan dengan pedagang-pedagang India.
 Senario ekonomi Tanah Melayu berubah dengan penguasaan Pulau Pinang oleh Francis Light pada 1786, Melaka pada 1795 dan Singapura pada 1819.
 Ketiga-tiga pelabuhan ini diisytiharkan sebagai pelabuhan bebas pada 1826 dan ia menarik pedagang asing, termasuk pedagang Cina dan India.
 Ketiga-tiga kelompok pedagang ini tinggal dalam penempatan yang berasingan dengan kegiatan ekonomi diidentifikasikan dengan kaum.
 tiada interaksi ekonomi antara ketiga kaum utama ini (Melayu, Cina dan India).
 Keadaan ini berubah pada abad ke-19 apabila lebih ramai buruh asing, khususnya buruh Cina, India dan Jawa dibawa masuk untuk memajukan sektor perladangan (getah dan kopi) dan perlombongan.
 Pada abad ke-20 pula British mula menyingkirkan penguasaan orang Cina dalam sektor perlombongan dan bidang komersil lain yang menguntungkan.
 Buruh India dan Cina dibawa masuk dalam bilangan yang besar untuk memajukan sektor perladangan getah dan bijih timah.
 Ia dengan sengaja membawa kepada ekonomi duaan iaitu dua keadaan ekonomi yang berjalan serentak dalam satu waktu.
 Kawasan pantai barat maju dengan tersedianya pelbagai kemudahan dan pantai timur pula menumpukan kepada tanaman sara diri.
 Bentuk ekonomi ini membawa faedah kepada kebanyakan orang Cina yang menetap di bandar.
 Orang Melayu terpinggir di luar bandar dengan kegiatan ekonomi sara diri (tanam padi dan buah-buahan).
 Ia disengajakan oleh British dengan harapan orang Melayu akan hasilkan tanaman untuk keperluan sendiri dan British juga tidak perlu mengimport beras dari luar.
Hubungan Etnik Pada Zaman Melaka sehingga abad ke- 17
 Melaka menarik ramai pedagang asing dan ia muncul sebagai pelabuhan kosmopolitan. Di sini wujud interaksi yang baik antara pedagang Melayu, Cina dan India.
 Ini kerana kerajaan Melaka di bawah pemerintah yang bijak menjalankan dasar pentadbiran yang adil dan ia memberi peluang kepada semua bangsa untuk menikmati keuntungan perdagangan di Melaka.
 Kejayaan hidup bersama antara kesemua kaum ini dapat diperhatikan daripada kewujudan penempatan seperti Bukit Cina dan perkahwinan orang tempatan dengan pedagang asing yang melahirkan baba peranakan India dan Cina.
 Hubungan ekonomi antara ketiga kaum (Melayu, India dan Cina) terjejas dengan kehadiran kuasa Portugis dan Belanda yang mula mengawal pelabuhan-pelabuhan utama Melayu seperti Melaka dan Betawi. Kuasa asing ini juga mengawal perdagangan antara pulau dan jalan laut utama antara India dan China.
 Usaha-usaha diambil untuk memaksa kerajaan-kerajaan Melayu tunduk kepada kuasa baru ini.
 Dasar monopoli yang diamalkan oleh kuasa Barat ini memaksa pedagang tempatan beralih ke pelabuhan-pelabuhan lain yang mengamalkan dasar perdagangan bebas.
 Keadaan ini juga memaksa pedagang Melayu berpindah ke kawasan pedalaman (hinterland) dan mereka terpaksa bekerja mengusahakan tanah.
 Keadaan ini membawa kepada kemunculan kelas petani atau komuniti Melayu luar bandar yang mengusahakan tanah.
 Kekosongan yang ditinggalkan oleh orang Melayu di bandar kini diambil alih oleh orang India dan kemudian pada zaman British oleh orang Cina, Arab dan Eropah.
Hubungan Etnik Pada Abad Ke-18
 Hampir kesemua kapitan Cina menjalinkan hubungan yang baik dengan British.
 Dasar British Ini sebenarnya menjarakkan lagi status ekonomi Cina.
Hubungan Etnik Pada Abad Ke-19
 Penglibatan orang Cina dalam ekonomi Negeri-negeri Melayu membawa kepada kerjasama ekonomi antara kaum Melayu dan Cina.
 Ini dapat diperhatikan di negeri Selangor, Johor dan Negeri Sembilan.
 Kerjasama antara saudagar Cina dan Melayu di Selangor bermula pada tahun 1846 iaitu pada zaman pemerintahan Raja Jumaat (1840-1854).
 Saudagar Cina Melaka telah mendahulukan modal untuk memajukan lombong di Lukut.
 Sebagai balasan saudagar Cina Melaka mendapat sebahagian keuntungan yang diperolehi oleh Sultan dari lombong Lukut.
Kerjasama Orang China –Melayu Di Johor
 Kerjasama ini bermula apabila Temenggong Johor, Temenggong Ibrahim menggalakkan orang Cina membuka tanah untuk mengusahakan tanaman lada dan gambir.
 Di bawah sistem Kangcu yang diperkenalkan di Johor, seorang ketua Cina yang dipanggil Kangcu atau raja sungai ditempatkan untuk mengawal setiap batang sungai di tempat ladang-ladang terbuka.
 Kangcu akan menerima surat kuasa dari Temenggong untuk membuka ladang, mengawasi tanaman dan memungut cukai
Kesan Dominasi Langsung Orang Cina Dalam Perlombongan
 Selepas pedagang Cina dibenarkan untuk terlibat secara langsung dalam perkembangan ekonomi Negeri-negeri Melayu, peranan elit pemerintah Melayu hanya dihadkan kepada pengutipan cukai eksport dan import dan urusan memperuntukkan konsesi kepada pelabur.
 Dengan bermulanya pentadbiran British, peranan ini telah diambil alih oleh British dan orang Cina kini boleh melangkaui (bypass) pemerintah Melayu untuk berurusan dengan pentadbir British
 Kaum Cina juga bekerja sebagai kontraktor pembuat jalan, landasan keretapi, sebagai peniaga runcit dan pekedai. Mereka juga menjadi orang tengah dalam perniagaan.
 Kaum Cina kekal sebagai komuniti yang berdikari dan mampu diri. Pada masa itu, rata-rata tidak menganggap Tanah Melayu sebagai negara mereka
 Abad ke-18 juga adalah zaman kedatangan buruh India yang mula menetap di Negeri-negeri Selat.
 Ada yang datang sebagai pegawai polis, tentera dan pesalah yang dibawa dari India untuk bekerja sebagai buruh dalam Jabatan Kerja Raya.
 Ada juga pedagang India yang terlibat dalam perniagaan di Negeri-negeri Selat.
 Selepas pengenalan sistem Residen di Negeri-negeri Melayu pada 1874, ramai orang India yang direkrut dalam sektor keselamatan Negeri-negeri Melayu (NNM) seperti Malay States Guides, polis dan juga dalam pembinaan jalan dan landasan keretapi.
 Bilangan buruh India ketika ini amat kecil tetapi ia bertambah pada penghujung abad ke- 19 dengan perkembangan pesat sektor perladangan getah.
Pembangunan Ekonomi dan Hubungan Etnik Pada Abad Ke-20
 Abad ke-20 adalah era yang menyaksikan perkembangan pesat ekonomi Tanah Melayu dan penglibatan bukan Melayu, khususnya kaum Cina dalam ekonomi milik British.
 Kaum India pula menyumbangkan tenaga yang besar dalam sektor perladangan dan sebilangan kecil dalam pentadbiran dan sebagai buruh kasar dalam sektor perladangan dan perlombongan.
 Kebanyakan orang Melayu pula adalah di luar bandar dan mereka yang berpendidikan bekerja makan gaji dalam sektor pentadbiran kerajaan.
 Pada awal abad ke-20 kaum Cina menjadi pemilik utama lombong-lombong utama dan hanya pada 1930-an dengan peningkatan penggunaan teknologi, bangsa Eropah mula mengambilalih dominasi orang Cina dalam sektor ini
 Kedudukan ekonomi Cina telah cuba dipulihkan pada zaman Darurat (1948-1960) iaitu apabila berlaku ancaman komunis.
 kerajaan telah mendirikan kawasan penempatan baru yang dikenali sebagai “kampung-kampung baru” (New Villages) di bawah rancangan Briggs.
 Hubungan Orang Melayu dengan India dari sudut ekonomi agak baik pada awal abad ke-20. Ini adalah berasaskan hubungan orang Melayu golongan peminjam wang India (Chettiar).
 Hubungan ini menjadi renggang pada 1930-an apabila orang India membuat tuntutan politik supaya mereka diberikan lebih banyak keistimewaan.
 Kedudukan ekonomi buruh India amat teruk pada zaman pendudukan Jepun.
 Ramai yang telah dibawa ke sempadan negeri Thai untuk membina landasan keretapi maut.
 Pada zaman Darurat, 1948-1960, tuntutan pekerja bertambah dan ramai buruh India telah menyertai kesatuan sekerja anjuran anjuran Parti Komunis India. Pada Mei 1947, buruh India telah menuntut supaya mereka diberikan upah yang sama dengan buruh Cina.
 Tuntutan-tuntutan lain adalah tempat kerja yang selesa, bekalan kemudahan asas dan perlantikan guru sekolah di estet.
 Berdasarkan kemajuan ekonomi yang di alami oleh ketiga-tiga kaum pada abad ke-20, amat jelas konsentrasi ketiga-tiga kaum ini juga berbeza.
 Kaum Cina juga mewakili separuh dari penduduk bandar semua negeri Semenanjung kecuali Kelantan, Trengganu dan Perlis.
 Orang Melayu pula tertumpu di kawasan luar bandar yang berkait dengan pertanian sebagai contoh di kawasan pantai barat. Pada tahun 1947, hanya 14% orang Melayu menetap di bandar, sedangkan Cina mewakili 54% dan India 39%.
 Kaum India sebahagian besar tinggal di luar bandar dan mereka yang menetap di bandar tertumpu di negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.
Selepas Merdeka: Latar Belakang Perkembangan Ekonomi Malaysia dalam Kerangka Perlembagaan Merdeka 1957 dan Senario Selepas Merdeka
 Perlembagaan Merdeka menyaksikan dominasi politik Melayu diinstitusikan. Pada tahun 1955 dan 1956 UMNO, MCA dan MIC telah berkompromi dibawah satu persetujuan (social contract) yang dikenali sebagai “persetujuan bersejarah” (historic bargain).
 Melalui persetujuan ini orang Melayu bersetuju kewarganegaraan akan diberikan kepada orang bukan Melayu yang berkelayakan dan sebagai balasan bukan Melayu bersetuju mengakui hak-hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedudukan raja-raja Melayu sebagai raja berperlembagaan.
 Semua kompromi ini kemudiannya dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan 1957.
 Walaupun semua kehendak dipersetujui sewaktu perlembagaan diterima tetapi selepasnya ia adalah satu senario yang berbeza.
 Isu-isu sensitif terus dibangkitkan oleh parti-parti pembangkang dalam pilihanraya 1963 dan 1969.
 Pada akhir tahun-tahun 1960-an, perasaan tidak puas hati dan kemuncaknya ialah Tragedi 13 Mei.
 Ia seterusnya membawa kepada pemansuhan Parlimen, penubuhan Majlis Gerakan Nasional (MAGERAN) dan pengenalan prinsip Rukunegara bagi mengukuhkan perpaduan negara.
 Pada awal 1970, Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan untuk menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.
 Antara 1970-1990, DEB menunjangi pembangunan negara dan ia berusaha untuk membasmi dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.
Pembangunan Ekonomi dan Hubungan Etnik Dalam Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) dan Kedua (1961-1965)
 Rancangan Malaya Pertama bertujuan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dengan menumpukan kepada sektor luar bandar;
 Mempelbagaikan keluaran pertanian supaya negara tidak hanya bergantung kepada pengeluaran getah
 Menambahkan peluang pekerjaan bagi mengurangkan kadar kemiskinan.
 Dasar pembangunan kerajaan Perikatan selepas merdeka adalah untuk membawa kemajuan ekonomi kepada semua rakyat Tanah Melayu
 Pada waktu ini tidak banyak wang yang diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan ekonomi.
 Hampir separuh dari perbelanjaan dihalakan kepada pertahanan dan keselamatan dalam negeri (bagi membendung ancaman komunis).
Status Ekonomi Melayu
 Untuk membantu orang Melayu di luar bandar kerajaan telah menubuhkan pelbagai agensi;
 RIDA (Rural Industrial Development Authority) berfungsi untuk memajukan masyarakat luar bandar melalui pembangunan sosial, ekonomi dan infrastruktur.
 FELDA (Federal Land Development Authority) pada 1956 untuk membuka dan memajukan tanah baru secara besar-besaran bagi pertanian dan penempatan
 Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada 1959, satu Kementerian yang secara khusus menjaga hal-ehwal luar bandar ditubuhkan.
 FAMA (Federal Agricultural Marketing Authority) pada 1965.
 1961 Jawatankuasa Pembangunan Kampung ditubuhkan bagi melibatkan orang Melayu secara langsung dalam proses perancangan dan pelaksanaan program pembangunan.
 Bank Bumiputera ditubuhkan pada 1965 dengan modal sebanyak RM20 juta untuk berperanan sebagai institusi yang boleh membekalkan kredit serta khidmat nasihat kepada peniaga bumiputera.
 Amanah Saham MARA dilancarkan pada 1967 untuk menggembling tabung simpanan Melayu.
 Dewan Perniagaan Melayu Bersekutu ditubuhkan pada 1967 sebagai urursetia bagi golongan kapitalis Melayu.
Status Ekonomi Cina
 Kedudukan ekonomi Cina amat teguh selepas merdeka disebabkan kemahiran orang Cina berdagang dan juga sumbangan persatuan-persatuan Cina untuk mengumpul modal.
 Konsep perniagaan ala kongsi telah membantu kaum Cina mengumpul modal dan mengukuhkan modal di kalangan komuniti mereka.
 Keadaan ini juga dibantu oleh lokasi orang Cina di bandar yang telah mendedahkan mereka dengan satu sistem pendidikan yang baik.
Status Ekonomi India
 Dasar kerajaan yang baru merdeka untuk mengambilalih ladang-ladang milik pengusaha asing mempunyai kesan yang serius ke atas buruh eset.
 Pengusaha Barat mula menjual ladang-ladang mereka dan meninggalkan negara.
 MIC telah cuba menyelamatkan nasib buruh-buruh India dengan membeli ladang-ladang kecil dengan menubuhkan National Land Finance-Co-operative Society Lmtd (NLFCS) pada 1960. MIC dan NLFCS telah mendesak kerajaan menggubal undang-undang untuk mengawal penjualan estet yang luasnya melebihi 100 ekar.
 Antara 1961-1969, NLFCS telah membeli 18 estet.
Pembangunan Ekonomi dan Hubungan Etnik Sejak Tragedi 13 Mei 1969 Hingga 1990
 Tun Razak menyedari bagi membangunkan ekonomi negara, kerajaan harus mengelakkan perbalahan kaum.
 Untuk itu parti Perikatan diperluaskan dan pada 1974 Barisan Nasional (BN) dibentuk dan ia menyaksikan penyertaan lebih banyak parti politik dan mengurangkan politiking.
 Tujuan utama rancangan ini adalah untuk memperteguhkan sokongan orang Cina. Ia adalah strategi politik yang digelar sebagai “ethnic corporatism”.
Status Ekonomi Melayu
 Pembangunan ekonomi sebelum Tragedi 13 Mei adalah dibawah Rancangan Malaysia Pertama (RMP) (1966-1970).
 Ia ingin wujudkan perpaduan rakyat dan wujudkan integrasi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
 Ingin mengurangkan kadar pengangguran, membangunkan ekonomi luar bandar dan mempelbagaikan ekonomi supaya tidak bergantung kepada getah dan bijih timah.
 Tragedi 13 Mei 1969 menyedarkan kerajaan timbulnya masalah perbalahan kaum adalah disebabkan ketidakseimbangan dalam pembangunan ekonomi antara kaum
 Pembahagian buruh seperti yang disaksikan pada zaman penjajahan berterusan pada tahun-tahun 1960an. Adalah didapati golongan yang paling menganggur ialah orang Melayu dan ini diikuti oleh orang India.
 Dalam sektor pelaburan didapati orang Melayu hanya memiliki 1% pelaburan dalam perniagaan berdaftar.
 Oleh itu, satu rancangan ekonomi yang lebih menyeluruh bagi kesemua kaum mula diperkenalkan dan ia dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB).
 DEB diharapkan dapat menyusun semula masyarakat Malaysia dengan harapan kegiatan ekonomi tidak lagi diidentifikasikan dengan kaum seperti yang diperhatikan pada zaman penjajahan.
 DEB berkembang dibawah Rancangan Malaysia kedua, 1971-75; Ketiga 1976-1980; Keempat 1981-1985 dan Kelima, 1986-1990.
Matlamat utama DEB dan kesemua Rancangan Malaysia sehingga 1990 ialah;
 untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum menerusi strategi membasmi kemiskinan dan
 menyusun semula masyarakat dari segi fungsi ekonomi,
 memodenkan kehidupan masyarakat luar bandar dan mempertingkatkan penyertaan kaum bumiputera dalam bidang perusahaan dan perniagaan.
 Objektif ini mengalami sedikit perubahan pada tahun-tahun 1980-an apabila dinyatakan satu lagi objektif adalah untuk menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam pembangunan negara.
 Kerajaan memperkenalkan DEB dan ia menyedarkan orang Cina betapa perlunya bekerjasama dengan orang Melayu untuk mendapat faedah ekonomi.
 Kaum Cina mula mengubah strategi perniagaan mereka daripada berniaga sebagai individu kepada kumpulan.
 Pada 1989 kerajaan telah menubuhkan Majlis Perundingan Ekonomi Negara untuk melahirkan rasa kebimbangannya dengan nasib kaum India yang ketinggalan di bawah DEB dan ingin mengemukakan cadangan bagi merangkakan dasar ekonomi bagi tempoh 1991-2000.
 Majlis ini telah menyeru supaya kerajaan mengambil tindakan untuk memajukan nasib orang India dibawah Dasar Pembangunan Nasional yang akan menggantikan DEB.
Pembangunan Ekonomi dan Hubungan Etnik Di bawah Dasar Pembangunan Nasional (1990-2000) dan Wawasan Negara (2001-2010)
 DPN digubal berlandaskan wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.
 Wawasan 2020 menekankan 9 cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia untuk muncul sebagai negara berteknologi tinggi menjelang abad ke-21
 Dasar-dasar yang menggantikan DEB cuba mewujudkan landasan yang baik bagi memajukan kesemua kaum di Malaysia. Namun begitu, dari segi perlaksanaan DEB memang mempunyai kelemahan.
 Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan dan semua pihak bagi memastikan apa sahaja dasar yang diperkenalkan membawa faedah kepada semua lapisan masyarakat tanpa meminggirkan mana-mana komuniti.

No comments:

Post a Comment